Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Germany dan meninggal pada 29 Mac 1982. Merupakan seorang komposer yang berjaya pada abad ke 20 dan kejayaan paling cemerlang dan banyak memberi kesan adalah di dalam bidang pendidikan. Beliau banyak menghasilkan bahan–bahan pengajaran untuk kanak– kanak dalam menghasilkan muzik seperti menggunakan suara iaitu alat muzik yang natural dan alat –alat perkusi yang ringkas.
Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma ( rhythm ) sebagai elemen muzik yang asas, menari dan pengucapan (speech). Semua ini digabungkan dan digunakan sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik kepada kanak–kanak. Improvisasi juga merupakan asas pengajaran yang penting dalam pendekatan Orff.
Beliau juga menghasilkan bahan–bahan untuk orang–orang dewasa seperti Oedipus Rex, The Wedding, oleh Stravinsky, yang memberi penekanan terhadap ostinato, pulsation dan dan penggunaan suara secara terus untuk menghasilkan sesuatu emosi. Beliau juga menghasilkan kaedah pengajaran muzik yang diintegrasikan di antara pengucapan, pergerakan dan tarian yang dinamakan 'schulwerk' atau 'schoolwork'.
Schulwerk adalah merupakan pendekatan pengajaran muzik yang berkembang dalam tahun 1920 an dan 1930 an semasa Orff menjadi pengarah di sekolah tarian dan muzik yang dikenali sebagai Gunther – Schule. Salah satu hasil usaha beliau yang paling diingati adalah schulweek (muzik for children) iaitu muzik untuk kanak – kanak. Ianya merupakan satu instrumentasi muzik yang mudah bagi kanak- kanak membuat persembahan. Di antara elemen- elemen penting yang selalu digunakan dalam pengajaran adalah melodi dan ritma yang selalunya disertakan dengan perkataan.
Pendekatan Orff berkembang bukan hanya untuk kanak- kanak tetapi bagi orang dewasa juga. Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliau bahawa kaedah yang mudah untuk mengajar muzik adalah denganmemperlihatkan perhubungan semula jadi pelajar–pelajar terhadap ritma dan melodi, dan ianya berlangsung secara semula jadi. Orff merumuskan perkara ini dengan mengadakan program yang dirancang dengan sempurna dan berhati – hati. Ia bermula dengan corak pengucapan, gerakan berirama dan ton dua notasi serta pergerakan yang logik dalam melodi pentatonik.
Improvisasi adalah amat di galakkan dalam pendekatan Orff. Pengenalan kepada melodi major dan minor berlaku dalam programnya dengan menggunakan kumpulan peralatan muzik seperti glockenspiels, xylophones, metaiophones, drums dan lain–lain alat perkusi.
Pendekatan Orff
Dalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting digunakan antaranya eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang mana akan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi mereka terhadap muzik.
Eksplorasi
Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadi mereka. Proses ini merangkumi beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi dan bentuk.
Penerokaan Ruang
Dalam pernerokaan ruang kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti pergerakan berdasarkan naluri semula jadi mereka berdasarkan rangsangan dari luaran dan dalaman. Pergerakan ini meliputi apek berjalan, belari melompat dan sebagainya. Dalam penerokaan ini guru hanya berperanan sebagai fasilitator untuk membantu menggalakkan aktiviti pelajar.
Ciptakan beberapa gerakan kreatif berdasarkan muzik instrumental sepanjang 16 bar yang anda rakamkan.Cuba aktiviti ini dengan murid-murid anda di sekolah sewaktu kelas pendidikan muzik.
Penerokaan bunyi
Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yang berlaku dalah kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar. Antaranya bunyi ketukan pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyi¬bunyi ini akan menjadi lebih teratur dengan menciptakan beberapa corak i rama.
Penerokaan bentuk
Penerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi. Apabila kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untuk mengenal bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak
Imitasi
Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses imitasi. Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan potensi muzikal kanak-kanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilik darjah guru menepuk satu corak irama manakala murid-murid akan meniru tepukan gurunya.
Improvisasi
Improvisasi merupakan komponen yang diberi penekanan dalam pendekatan pengajaran Orff. Dalam membincangkan tentang improvisasi yang dikatakan hanya untuk orang dewasa, Orff cuba menonjolkan konsep improvisasi yang ada pada diri kanak–kanak. Dalam proses ini tiada undang-undang ditetapkan. Guru boleh menetapkan lapangan atau di mana kanak–kanak boleh mengembangkan daya kreativiti masing–masing dalam mencipta irama melodi atau menari mereka. Contoh aktiviti improvisasi melodi menggunakan alat muzik Orff. Tetapkan alat muzik tersebut dalam nada C pentatonik. Ini memberi kebebasan kepada pelajar membuat improvisasi tanpa memukul not–not yang tidak berkaitan. Dengan ini pelajar / kanak–kanak diminta mencipta atau membuat lagu sendiri mengikut kreativiti masing – masing